PESANAN BUAT SAHABATKU

Bila Allah cepat makbulkan doamu, Maka Dia menyayangimu.

Bila Allah lambat makbulkan doamu, Maka Dia ingin mengujimu.

Bila Allah tidak makbulkan doamu, Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik kepada Allah dalam apa jua keadaan sekalipun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaannya...
.

6 PERKARA ALLAH S.W.T. SEMBUNYIKAN

  1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
  2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat
  3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
  4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
  6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
.

BERCINTA LAGI

Untuk bercinta lagi, luahkanlah kata-kata yang baik untuk mencairkan prasangka, meleburkan curiga dan memadamkan dendam. Cari-carilah topik yang menarik untuk diperbualkan. antara kaedahnya adalah:
  • Berdoa untuk Allah ilhamkan kata-kata yang baik dan menarik semasa memulakan perbualan
  • Menerima dan berkongsi hobi dengan pasangan
  • Ulas apa yang anda dengar, lihat atau baca dengan pasangan serta kaitkan dengan situasi terkini dalam rumah tangga
  • Sekali-sekala masak bersama resipi kesukaannya
  • Jangan prasangka dan curiga dan selalu memaafkan selagi pasangan tidak melanggar syariat
  • Amalkan peraturan 24 jam. Jangan biarkan"gencatan suara"melebihi 24 jam. Mujahadahlah untuk meminta maaf secara rasmi atau tidak rasmi
  • Tempoh-tempoh yang dirasakan sukar dalam perhubungan hendaklah diisi dengan amalan habluminallah seperti solat, munajat dan taubat. Jangan selesaikan masalah dengan satu masalah lain